Selamat pagi...
Hari nie aku nak update resepi Pavlova yang aku berjaya buat lepas peram resepi sebelum bersalin sampai anak dah nak masuk 3 bulan baru aku berjaya buat.
Resepi dah print banyak kali pastu hilang, print lagi, hilang....last print baru aku buat....hehehehe
Gambar no. 1 : Putar putih telur dan gula icing sampai la meringue dia jadi macam gambar no 2. Terbalikkan mangkuk pun still elok jer tak jatuh..
Gambar no. 2 : meringue yang menjadi
Gambar no. 3 : abang long yang sibuk nak menolong gak
Gambar no. 4 : alas loyang ngan baking paper then masukkan meringue tadi
Naik lenguh gak la tangan pakai hand mixer jer
Gambar no. 1 : dah siap campur semua bahan then tunggu masa nak masuk oven jer.
Gambar no. 2 : bahan-bahan yang aku guna. whipping cream tue aku beli yg 1 liter punya. banyak kali sikit boleh buat..hehehe
Gambar no. 3 & 4 : abang long tengah tolong putar whipping cream plak. Proses yg panjang, dah siap mandi pun mama x siap-siap lagi..
Gambar no. 1 : selesai proses masak. rehatkan dalam oven selama sejam
Gambar no. 2 : opps..berlaku keretakan sikit..
Gambar no. 3 : dah siap sapu whipping cream
Gambar no. 4 : takde stok buah, aku pakai topping coklat jer
Ok dah siap. Tunggu masa nak ngap jer...Tak sempat nak masuk oven coz memasing dah teruja nak makan..hehhehe
PAVLOVAresepi : puan nano @ life is sweetsumber : dayu @ hidayu's jurnal
Bahan-bahan Meringue:3 biji putih telur1 cawan gula icing3,4 titik esen vanilla3,4 titik cuka1 sudu besar tepung jagungBahan-bahan topping Cream250ml whipping cream (boleh jugak nak tambah gula ke, madu ke, nak bagi manis skit. tp meringue tu sendiri dah manis.. so tak perlu kot)
Cara-caranya: (sangat mudah)
1. Untuk buat meringue: Pukul 3 biji putih telur ngan gula icing, guna high speed terus. Pastikan tiada bercampur kuning telur. Bekas kena kering betul-betul. Tak boleh ada air langsung. Kalau tak memang tak jadiklah meringue ni. Putar dalam 15 min. Putar sampai bila kita terbalik kan mangkuk tu, tak meleleh.
2. Kemudian masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung. Gaul kasik sebati guna sudu.
3. Kemudian alas loyang guna baking paper.Panaskan oven sebelum masukkan meringue ni. Guna suhu 150.
4. Bakar selama 50min. Guna api bawah je. Suhu 120. Dalam masa sejam tu, meringue ni akan mengembang, dan merekah sikit. Jangan risau.. itu petanda molek. Tak perlu menangis depan oven. Selepas 50min, bakar pulak guna api atas bawah selama 10min.
5. Bila dah siap bakar selama sejam. Biarkan meringue ni sejuk dalam oven. Jangan keluarkan. Jangan risau kalau dia mengecut.. takpe. Yang penting jangan kuarkan dari oven, nanti dia sudden drop. Biar dia drop slowly.6. Sementara tunggu meringue tu sejuk, bolehlah putar whipping cream sampai dia kembang. Sementara tu boleh wrapped dan sejukkan dalam fridge. Bila meringue dah sejuk, bolehlah sapu whipping cream atas meringue. Dan hiaskan lah dengan buah-buahan pilihan.
Bersemangat anak aku makan. Pavlova tue dia makan sikit jer, topping coklat yang lebih2 dia makan...hehehe
First time aku rasa macam makan gula-gula kapas. Ada yg kata macam marsmallow...ntah la aku tak makan marsmallow so tak tau macam mana rasa tue...Pavlova nie rangup kat luar dan lembut macam kapas kat dalam. Buat pun senang sangat, bahan pun senang...Whipping cream tue jer macam mencekik darah sikit. Kalau korang nak murah, g beli kat kedai barang2...baking...
Balance pavlova tue, aku masukkan dalam fridge, makan plak esoknya..memang TERBAIK la kesedapannya...sejuk dan nyaman jer kat tekak nie..
Lepas nie aku akan buat lagi lepas aku berjaya beli buah-buahan yg segar dan menarik la..
alhmdulillah dpt jgak mkn yer..hehe.. ;)
ReplyDeletewah..adik akak buat pavlova..akak tak pernah rasa.. ermmm kalau umah dekat dah lama aku singgah makan ni hehe... yummmy.... :)
ReplyDeletesedap nye la haiiii
ReplyDeletewei...akhirnya..nak try tapi tulah..bila la agaknye..
ReplyDeletesedapnya, tak terbuat lagi pavlova ni, tapi kekadang meringue ni ikut telur jugak tau, kekadang tak menjadi
ReplyDeletesedap...rindu lak nak makan pavlova...huhuhuuu
ReplyDeletewah dh buat pavlova..bestnya..rs cam marshmallow ya? sy penah mkn marshmallow tp x suka sgt..tp nk try jugaklah buat pavlova ni nnt
ReplyDelete@Noli@Ibu Wafa
ReplyDeleteakhirnya...kalau malas, ntah bila la dapat makan..hehehe
@Noli@Ibu Wafa
ReplyDeleteakhirnya...kalau malas, ntah bila la dapat makan..hehehe
@SyahNas80 @ Nana
ReplyDeletekayrul pun first time rasa. takpe kayrul dah tempek resepi tue, boleh la cuba ye kak
@SyahNas80 @ Nana
ReplyDeletekayrul pun first time rasa. takpe kayrul dah tempek resepi tue, boleh la cuba ye kak
@azam
ReplyDeletememang sedap tapi dah abis la plak..hehehe
@~diAhOntHeblOg~
ReplyDeletesedap...sedap dan sedap sangat..jom cuba
@Pen Biru
ReplyDeletekena try gak coz sedap dan berbaloi-baloi...
@Tina Othman
ReplyDeletetina, kalau ikut betul-betul resepi yg kat atas tue kompem akan jadi punya...