Monday, June 13, 2016

TART NANAS SUSU GOLD



Selamat berpuasa..

Mukadimah sikit..tahun nie start puasa 06 Jun 2016 (Isnin)
 Musim anak2 cuti sekolah plak tue...tahun nie x lapar sgt la berpuasa sbb masih mengamalkan diet, so sahur makan kurma sebiji dan air selitar memang bertahan la...kurma plak jenis medjool memang spesis kurma besar dan kenyang la sampai ke petang macam tue.


Tahun nie merajinkan diri nak buat kuih raya yang peberet kitorg...selalu tiap-tiap tahun wajib aku beli kuih raya nie tapi sejak dua menjak nie kuih raya yg aku beli tu macam dah x sedap so nekad la buat...


First time aku try nak buat TART NENAS...beli segala jenis peralatan nak buat...inti harus la beli jugak, x kuasa la aku nak kupas nenas pastu tunggu berjam2 plak masaknya...zaman dah canggih, g je kedai Bakery...ada jer inti nenas yang dah siap..x mahal pun..x sampai 10hinggit..


Resepi nie aku ambik dari Facebook AZLINA INA FANS...kompem macam2 menu best dan senang korang boleh buat..dah tau facebook tu, dah g LIKED dan FOLLOWING cepat..

TART NANAS SUSU GOLD
Sumber : Fb Azlina Ina Fans

 Bahan-bahan :

Bahan A
3 1/4 cawan Tepung Gandum
2sb Tepung Jagung (bg tart x keras bila sejuk)
2sb Tepung Custard (bg tart rasa creamy sedap)

Bahan B
1 cawan butter
3sb susu pekat (boleh guna gula kastor halus)
2sb minyak sapi
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning

Jem Nenas (beli segera kat bakery)

Cara-Cara :
1. Kacau sebati bahan B dengan senduk je...x perlu mixer bagai.
2. Kemudian masukkan bahan A-1 cawan tepung, 2sb tepung custard dan 2sb tepung jagung.
3. Kacau bg rata.
4. Tuang baki tepung gandum. (Sukatan 3 1/4 cawan bg sape pakai acuan tart, kalau pakai penggelek boleh tambah 1/4 jd 1/2 cawan maksud sukatan utk penggelek 3 1/2 cawan tepung gandum sbb nak doh keras sket senang nak gelek.
5. Uli sampai jd doh yang cantik dalam 3 minit je lembut je doh nie.
6. Ambik sikit adunan doh masuk dalam acuan tart.
 7. Tabur talam dengan tepung.
8. Kemudian tekan je acuan tu.
9. Letak jem agak2 la dan gulu doh.
10. Bawah try sapu butter sebelum letak tart.
11. Sapukan kuning telur dan pewarna kuning atas tart tadi utk effect gold.
12. Panaskan oven 170 5 minit, masukkan tart dan bakar suhu 160 masa 25minit (bergantung jenis oven)
(kalau nampak permukaan tart dah gold, means masak dah)
13. Keluarkan dari oven. Tunggu sejuk baru susun dalam bekas kuih.
 



Amatur sangat...asal ada rupa cukup la..


Menggigil tangan nak picit...mula2 bancuhan tue aku uli kejap jer, patut la susah nak picit kluar doh tu...
Pastu sambung uli 5 minit lagi, baru la lembut sikit nak picit doh tu keluar.

 Dulang perlu sapu butter dulu, kang ada yang tart nenas melekat atas dulang..
Lepas letak tart nenas atas dulang baru sapu kuning telur + pewarna kuning


 Berbunga2 hati bila tengok tart nenas x rentung kluar dari oven...ok la tahun depan boleh cuba buat lagi..

1 adunan nie boleh dapat 90 biji bergantung pada besar mana korang nak gulung tu dan inti dalamnya...aku buat sedang2 memang dapat banyak la..hihihi




Nie plak resepi yang telah di edit di FB azlina ina

0 comments:

Post a Comment

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...