Tuesday, March 01, 2011

Photographer Tegar Sakit Mata????



Selamat pagi semua...


Pepagi nie nak citer pasal photographer tegar yang sakit mata...


Kesian pulak aku tengok anak aku sorang nie...Kalau dah pandai cakap,confirm la macam-macam yang dibebelkan..


Korang tengok dulu gambar nie






Tak padan mata sakit...nak jadi model kat sini pun tersengih-sengih lagi...


Macam mana dia boleh kena????...mula2 dok pikir takkan la anak aku yang kecil nie dah pandai ngintai orang kot...hehehehe


Petang sabtu tue dia tido petang...bangun2 aku tengok macam sepit jer mata dia, tapi takde la bengkak macam kat atas tue....Pagi Ahad bangun, dah bengkak giler. Tapi tak merah la pulak mata dia...just bengkak kat luar jer...ingat ker semut gigit pun ader...Macam dah takde tempat lain jer semut nak gigit...


Untuk mengelakkan kekusutan kepala hotak aku memikirkan punca sebenar....terus la bawa photographer tegar nie jumpa doktor.


Maka dapat la ubat nie...




Ubat nie mungkin pahit sikit kot..tergeleng2 kepala dia lepas makan..klu tidak, kalau bagi makan ubat ok jer...ubat dalam kotak tue kena taruk dalam mata, lepas tue kasi gosok2 manja kat luar mata di tempat bengkak tue.


Masa jumpa doktor tue, aku rasa suara di sorang jer melolong macam kena cubit. Maybe doktor tue pakai mask tue yang dia ngeri kot..


Keputusan selepas membuat perjumpaan dengan doktor tue...doktor mengesahkan mata photographer tegar nie masuk habuk jer dan habuk tue telah menyebabkan matanya membengkak. Kemungkinan boleh menyebabkan saluran air mata tersumbat. 


Sekarang dah semakin surut la...harap2 cepat elok la...






Nak kongsi sikit info berkenaan sakit mata : (kredit to cybermedik)





“ DOKTOR MATA ANAK SAYA MERAH”

“Doc mata anak saya merah la, bertahi mata bila bangun pagi dan melekat. Susah nak buka mata, berair mata” itulah adalah aduan ibubapa bila berjumpa doktor.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:
  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu.

Penyebab sakit mata merah

Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja . Ia mungkin,

Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir. Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera.
Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh
  • debunga ( hay fever)
  • bulu haiwan
  • habuk
  • pengawet dalam ubat mata atau
  • pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.

Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)

Jangkitan sakit mata  ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana,
Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit. Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah  pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana?
  1. Amalan kebersihan adalah penting
  2. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
  3. Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh

Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?

Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari. Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus. Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.



Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan pelbagai jenis penyakit...boleh terjah kat SINI
 

17 comments:

  1. Tak padan mata sakit...nak jadi model <<--- haha..bace part nih watkan aku jd gelak taw kayrul :P

    ReplyDelete
  2. maybe allergic dgn habuk kut..hehe..bhg mata mmg sgt sensitif =)

    ReplyDelete
  3. ksiannye dia...



    jgn bgi dia kna pnas:)

    ReplyDelete
  4. Redbloodsnow : tue la sekarang pantang hala camera, confirm bajet model...nak tumpang glamer kat sini la tue...hehehehe

    ReplyDelete
  5. YanaMIB : maybe la...sekarang jiran sebelah tgh renovate umah tue yang tempias habuk tue masuk kat dalam rumah kitorang...

    ReplyDelete
  6. misz molecule : terima kasih erk...budak kecik sorang tue mana reti nak duduk diam.....asyik nak ukur jalan jer...

    ReplyDelete
  7. haha..takpe2..bile dah besau sikit boleh laa jadi model tuh..^^

    semoge cepat sembuh yer~

    ReplyDelete
  8. siannyaaa sakit mata huhu..get well soon ye...
    p/s:terima kasih juga atas info!

    ReplyDelete
  9. nelly : tu la kekadang kesian tgk..kecik2 dah sakit mata

    ReplyDelete
  10. Adlan Solis : hehehehe...ada ker orang nak jadikkan dia model????....model blog jer la...hahahaa

    ReplyDelete
  11. Hanis MY : nie pun dah kurang sikit...

    ReplyDelete
  12. ohw.....baru tau...tapi kesiannya photographer tegar sakit matonya...huhuh..moga lekas sembuh

    ReplyDelete
  13. salam...alahai cian nyer die sakit yer...makan ubat+sapu ubat=nnt baik la tu...

    ReplyDelete
  14. Dinda Iva : mata dia makin ok sekarang...dah tak bengkak lagi...

    ReplyDelete
  15. MYA EL QAYREENA AZRYAN : terima kasih auntie...hehehehhe

    ReplyDelete
  16. good boys la dia..senang makan ubat..kalu qistina..jenuh kena kepit..tu masok separoh ja..memang susah gila nak makan ubat

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...