Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul



Hari ini merupakan tarikh yang bermakna bagi kita semua umat Islam...15hb. Februari, 2011M bersamaan  12 Rabiul Awal 1432H adalah Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.
Nabi Muhammad SAW telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah (20 April 571 M). Semasa umat manusia dalam kegelapan dan kehilangan pegangan hidupnya, lahirlah seorang bayi yang akan membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban dunia. Tahun kelahiran baginda dinamakan tahun Gajah kerana pada saat itu Kota Makkah diserang oleh suatu pasukan tentera orang Nasrani yang kuat di bawah pimpinan Abrahah

Gabenor dari kerajaan Nasrani Abbasiniya yang memerintah di Yaman dan mereka bermaksud menghancurkan Kaabah. Pada waktu itu, Abrahah berkenderaan gajah. Belum lagi maksud mereka tercapai, mereka sudah dihancurkan oleh Allah SWT dengan mengirimkan burung Ababil. Oleh kerana pasukan itu mempergunakan gajah sebagai kenderaan, maka orang Arab menamakan bala tentera itu pasukan gajah. Maka tahun terjadinya peristiwa itu disebut sebagai Tahun Gajah.

Oleh kerana kelahiran Nabi Muhammad SAW tepat saat itu maka kelahiran baginda disebut sebagai tahun gajah. Ayah baginda (Abdullah Bin Abdul Mutalib) meninggal dunia sebelum kelahirannya. Menjadi kebiasaan orang daerah Makkah, kalau mempunyai anak dicarikan orang yang menyusui dari daerah dusun dan mereka memilih orang yang berketurunan yang baik agar berpengaruh pada bayinya. 

Maka pada ketika itu, Halimatun Saadiyah menawarkan diri menyusui (merawat) Nabi SAW. Beliau menyusui dan merawat baginda selamat beberapa tahun. Baginda kembali ke pangkuan dan di bawah asuhan ibunya (Aminah Binti Wahab). Ketika baginda berumur 6 tahun,, ibu baginda pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Madinah selepas menziarahi makam ayahnya.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. 

Kredit semua maklumat dari SINI dan SINI (Mr. Google) serta buku "Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul". Korang nak baca lebih lanjut klik di situ.

Seindah salju ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL". 


Info : Sambutan & perarakan akan diadakan di Dataran Putra, Putrajaya pada pukul 7.00 pagi.

2 comments:

  1. Salam maulidur Rasul..terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  2. Hanis MY : Selamat Menyambut Maulidur rasa gak...sharing is caring...

    ReplyDelete

Thanks kat korang yang sudi tinggalkan comment kat sini...

Nanti bila aku ada masa, aku balas korang punyer comment erk...sabar erk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...